Ringkasan Prebet Lapok

Kisah seorang pemuda yang nakal bernama Badul Lapok sering mengusik anak-anak dara di kampung dan kerana tidak mempunyai pekerjaan, ia dipujuk supaya memohon menjadi anggota tentera dan diterima. Semasa menjalani latihan ketenteraan di Port Dickson, banyak peristiwa lucu berlaku dan di dalam diam-diam seorang gadis telah terpikat dengan Badul. Dalam operasi menentang insurgensi komunis, Badul mempamerkan keberanian beliau dengan kejayaan menembak mati seorang pengganas komunis dan menawan dua orang komunis. Manakala, Kapten Zulkifli mengalami cedera parah akibat terkena periuk api semasa penyusupan ke kem musuh.